KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Tuesday, August 08, 2017

Tidak mustahil selain makan nasi, manusia juga makan dedak!


 Bila saya baca komentar Ust Zolkharnain no. 9 "Bagi saya, terima wang drpd Umno tak salah. Perkara yg salah ialah bersekongkol dgn kerja jahat Umno", ia mengingatkan kita semua akan kata-kata Almarhum  Mursyidul Am TGNA ketika mengulangi strategi kempen PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil Lundang pada 1994 :
“Kalau mereka beri duit kita ambil, kalau beri gula kita kacau dan kalau mereka beri kain kita pakai. Tetapi kena ingat apabila hari mengundi nanti hendaklah pilih calon PAS, kalau di tempat PAS tidak bertanding pilih KeADILan, dan kalau tiada calon KeADILan kena undi calon DAP,” 
 Kenyataan almarhum diatas itu sedikit pun tidak menjadi polemik atau menimbulkan kemarahan orang Pas ketika itu. Kebenaran tersebut lebih kepada strategi menghadapi tindakan Umno BN yang menggula-gulakan rakyat bila dekat pilihanraya.

 Tidak pula kedengaran adanya pemimpin Pas ketika itu yang ambik duit Umno. Almarhum TGNA sendiri nak ambik duit Umno jauhlah sekali sebab gajinya sendiri pun dia potong 45% untuk khazanah negeri dan parti.

 Berbeza dengan kenyataan Hj Hadi yang membolehkan Pas ambik duit dari Umno atas nama strategi.

  Kenyataan ini menimbulkan spekulasi dan tanya tanya: Hj Hadi ada ambik duit dari Umno ker?

  Itu pasalnya Menantu Hj Hadi 'panas pungkok' (pinjam istilah Cenangau sat!) tuduh Nurul Islam menconteng arang bukan sahaja ke muka TG, bahkan kepada PAS bila Nurul Islam dakwa Hj Hadi benarkan ambik duit dari Umno?

  Tambahan pula saman Hj Hadi keatas SR yang tuduh Hj Hadi ambik duit RM90juta dari Umno akan berlangsung tidak lama lagi.

 Mungkin Hj Hadi lupa yang almarhum TGNA kata, asalkan kita tidak memihak kepada mereka.'

  Almarhum berkata demikian dalam keadaan yang berbeza dengan keadaan Hj Hadi loni. Pada ketika itu, almarhum dilihat tidaklah 'mesra' dengan mana-mana pemimpin Umno malahan almarhum marah sangat dengan komplot Hj Hadi yang nak ber UG dengan Umno hinggakan beliau pernah meluahkan kata:
"Sikit lagi boleh jadi ada Umno datang tunduk nak cari Pas pulak tu,...Saya akan ludah muka orang tu." 
 Hj Hadi loni dilihat lebih berpihak kepada Umno. Bukan sekadar berpelukan dan bersedondon dengan Najib Kleptokrat; malah  Hj Hadi loni sering buat kenyataan menyebelahi dan mempertahankan Najib ....Antaranya :

1) Pas sedia jadi penasihat BN : 

Pas kini bukan mahu menjatuhkan Perdana Menteri, sebaliknya hanya ingin memperbetulkan dasar BN

2) Skandal 1MBD : Jika taubat boleh kekal, kata Hadi Awang : 

“Menggalakkan taubat dan melakukan islah lebih baik daripada dibawa ke mahkamah.

Islam mengekalkan sesiapa yang bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Kalau hanya sekadar mengubah orangnya sahaja sedangkan perangainya sama, maka perubahannya juga membawa rebah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.”

 Ayat "Wa la tarkanu ilalladzina dzalamu fatamatsa kumunnar ..." sudah tidak lagi berkumandangan dalam Pas...


  Strategi politik matang dan sejahtera Pas telah membawa Pas semakin  mesra dengan Umno dan sebaliknya sangat memusuhi rakan-rakan yang pernah bersama dalam Pakatan Rakyat dahulu.

  TG bersetuju ambik duit UMNO atas nama strategi

 Begitulah kalau menurut tulisan Menantu Hj Hadi, tentang dakwaan Nurul Islam yang kata Hj Hadi membenarkan ambik duit Umno. Boleh ambik duit Umno atas nama strategi.

 Apakah begini  caranya yang Pas sering laungkan strategi politik matang dan sejahtera?

 Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba Hj Hadi boleh berubah sikap dan pendiriannya. Rasa curiga dan persoalan tersebut mula terbongkar sikit-demi sikit hingga Pas dikaitkan dengan RM90 juta dana dari 1MBD.

  Dan kini, Nurul Islam seperti mengakui, perkara makan dedak ini bukan perkara yang mustahil. Biasanya ayam makan dedak tapi tidak mustahil ayam juga makan nasi.... Begitulah juga dengan manusia, tidak mustahil selain makan nasi, makan juga dedak! Hahahaha!


Berikut komentar Ust Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi :


JIKA TIADA KAITAN, KENAPA SALING TUDING-MENUDING?

1. Dalam kuliah, saya kerap kali ditanya tentang hukum wang keuntungan ke atas simpanan drpd akaun tidak patuh syariah.

2. Saya jawab, wang itu perlu dikeluarkan dan jangan diguna utk keperluan peribadi pemilik wang pokok atau sesiapa yg berada di bawah tanggungannya.

3. Lebih utama wang itu disumbangkan kpd pihak yg akan menggunakannya utk kepentingan orang ramai.

4. Biasanya orang yg bertanya adalah orang yg terlibat dgn sesuatu masalah secara langsung atau tidak langsung.

5. Jarang orang bertanya tentang sesuatu masalah yg tiada kaitan dgn dirinya atau mana-mana pihak yg berkaitan dgn dirinya.

6. Sebab itu, apabila saya terbaca agamawan drpd sebuah parti yg saling tuding-menuding antara mereka berkaitan boleh atau tidak menerima wang sumbangan drpd Umno;

7. Saya syak, isu itu berkait secara langsung atau tidak langsung dgn mereka.

8. Kalau tidak masakan mereka saling tuding-menuding. Masakan goyangnya ada, tapi anginnya tiada.

9. Bagi saya, terima wang drpd Umno tak salah. Perkara yg salah ialah bersekongkol dgn kerja jahat Umno.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Nak tanya bank dah kena rompak ... perompak nak bagi duit hasil rompakan,macam mana boleh terima de dak.

Anonymous said...

Menerima wang dari UMNO sebanyak RM 100,000 tak salah.

Tetapi menerima berpuluh juta atau beratus ribu .. itu SALAH.

Itu bukan nak ambil hati tapi nak beli maruah !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...