KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Tuesday, August 08, 2017

APA YANG TUAN HJ IBRAHIM TUAN MAN SERTA 30 ORANG AHLI JAWATANKUASA PUSAT PAS PUAS HATI DENGAN PENERANGAN ARUL KANDA?!


 Parti Pas telah menjadi semakin bodoh dan dungu dari hari ke sehari sejak kebelakangan ini.

Tak tahulah apa yang timbalan presiden Pas puas hati dengan penerangan pelan rasionalisasi 1mdb yang telah diberi taklimat oleh arul kanda kandasamy?!

Arul kanda kaki penipu!! Dulu arul kanda kata dia secara peribadi pergi ke bank BSI di singapura dan lihat dengan mata sendiri ada duit syarikat 1mdb yang disimpan dalam bentuk tunai sejumlah lebih kurang rm4 bilion.

Pada bulan march 2015 perdana menteri paling korup mengesahkannya di dalam parlimen!! Perdana menteri pun menipu parlimen pada waktu itu.

Akhirnya mereka mengakui bahawa di dalam bank BSI singapura tidak mempunyai wang tunai tetapi simpanan adalah dalam bentuk unit!! Namun kita tak tahu unit apa?!

Takkan timbalan presiden Pas yang kurang cerdik tak ingat arul kanda cakap pasal pelan rasionalisasi syarikat 1mdb dari tahun lepas lagi. Tetapi kini banyak yang masih gagal!!

Pelan rasionalisasi 1mdb masih gagal setakat ini sehinggakan syarikat itu tidak mempunyai wang untuk bayar hutang.

Saya nak tanya timbalan presiden Pas dia tahu tak dah hampir beberapa tahun akaun syarikat 1mdb masih gagal diodit!!

Arul kanda bercakap mengenai penjualan aset Bandar Malaysia, duit-duit simpanan 1mdb di kepulauan caymen, tanah 1mdb yang dibeli oleh Tabung Haji, program pelupusan hutang-hutang syarikat 1mdb, penjualan aset janaletrik dan pelbagai lagi kononnya mereka akan mampu langsaikan hutang-hutang syarikat tersebut pada hujung tahun 2015!!

Akhirnya apa terjadi?! Dah hampir setahun setengah walaupun program rasionalisasi syarikat 1mdb dilancarkan; semua hutang-hutang tertunggak gagal dilunaskan sepertimana arul kanda bercakap!!

Yang terbaru pembayaran permulaan hutang pada syarikat IPIC sejumlah rm2.6 bilion gagal dibayar yang sepatutnya dilunaskan pada 31 julai 2017.

Saya nak nasihatkan timbalan presiden Pas dalam isu 1mdb jangan dengar cerita dari arul kanda saja!! Arul kanda sudah pasti akan bercerita yang baik-baik belaka!!

Tuan hj ibrahim tuan man patut kaji laporan-laporan DoJ jilid satu dan dua, laporan perbicaraan di mahkamah singapura, kaji laporan PAC dan laporan ketua audit negara serta panggillah juga yb tony pua bersama yb rafizi ramli untuk memberi pencerahan pada Pas. Baru boleh dapat gambaran yang jelas serta tepat!!

Pas kini telah menjadi parti yang bodoh serta pemimpin-pemimpinya pula pun senang diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin umno.

Jadi, adalah terlalu awal untuk tuan hj ibrahim tuan man dan 30 orang ahli jawatankuasa pusat Pas nak berkata mereka berpuas hati dengan taklimat arul kanda kandasamy yang kaki temberang!!

Walapun pemimpin-pemimpin Pas kurang cerdik tapi janganlah bagi pemimpin-pemimpin umno terus memperbodohkan Pas!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
7 Ogos 2017
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Pergilah dengar penjelasan rafizi dan tony pua pula. Baru la adil

Kaw kaw said...

Sejak bila mereka ini menkaji?

Anonymous said...

Huhuhu.. lebai bengappp lebai bengappp.. apa yg kau tahu lebai bonggokkkkk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...