Sunday, July 16, 2017

ISMA : Kemenangan PH nanti umpama “keluar mulut singa, masuk mulut buaya

Mulut jahat ini kata, kemenangan PH nanti umpama
“keluar mulut singa, masuk mulut buaya
"

  Jahat sunggoh mulut Tuan Aminuddin, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), bila dia menuduh bahawa janji-janji Pakatan Harapan tidak menampakkan kesungguhan mereka untuk memperkasakan Islam.

  “Ya betul, ini hanya janji 100 hari, tetapi jika isu Islam tidak ditekankan di peringkat awal lagi, maka adakah ada jaminan Pakatan Harapan akan membawa agenda ini pada masa depan sekiranya mereka menang?

 “Melihat komposisi parti dan pimpinan yang ada, perkara ini amat membimbangkan rakyat. Apatah lagi mereka ini lah yang secara lantang menentang Akta 355.

 “Adakah dengan kemenangan PH kelak akan membawa perubahan sebenar masyarakat di negara ini atau hanya sekadar pepatah orang-orang terdahulu kata, “keluar mulut singa, masuk mulut buaya”,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb. Baca lagi  di sini

 Dakwaan ISMA tersebut sebenarnya menggambarkan sikap dangkal dan jeliknya terhadap hasrat Pakatan Harapan yang mahu menumbangkan regim Kleptokrasi Najib yang ada sekarang.

 Beliau cuba menyemai bibit kecurigaan kepada rakyat terhadap  dasar dan polisi PH yang baru diperkemaskan.

 Malahan beliau cuba memomokan rakyat dengan gambaran bahawa kemenangan PH nanti umpama “keluar mulut singa, masuk mulut buaya”

  Apakah Isma menganggap kemenangan PH kelak akan menjadikan negara ini lebih punah ranah dari keadaan sekarang dimana negara terpalit dengan krisis yang tenat, skandal rasuah dan salah guna kuasa yang amat luar biasa?

 Isma tidak perlu bimbang mengenai kesungguhan PH untuk memperkasakan Islam kerana satu perjanjian persefahaman mengenai Islam agama rasmi, peranan dan tanggungjawab Institusi Raja Berperlembagaan serta martabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah ditandatangi pada 13 Disember 2016 oleh pimpinan tertinggi PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

 Kenyataan dangkal Isma turut mendapat reaksi seorang ahli Amanah Melaka, fesbuker Muhammad Syafiq Azmi :

 ISMA mempersoal tentang agenda Islam dalam perjuangan Pakatan Harapan seperti yang diumumkan baru-baru ini. 

 Saya kongsikan apa yang akan dilakukan 100 hari selepas mentadbir Malaysia:

• Menghapuskan GST; 
• Menstabilkan harga petrol;
• Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat; 
• Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh; 
• Memerangi rasuah hingga ke akar umbi; 
• Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan 
• Memulihkan FELDA.

 Semua perkara diatas membebani pundak rakyat bawahan. Dengan tekanan ekonomi dan hidup yang berlaku hari ini apakah itu tidak dinilai sebagai agenda Islam oleh ISMA? 

 Agenda Islam itu tak semestinya perlu dilafaz oleh orang yang berjubah atau berserban dan sekadar melaungkan Islam dibibir, tetapi bila perkara itu implikasinya baik dan beri manfaat pada masyarakat sudah tentu itu yang dituntut agama. 

Bukanlah semestinya agenda Islam itu dinilai dari termanologi arab barulah dijustifikasi sebagai agenda Islam atau lebih Islamik. ISMA perlu belajar sifir politk yang lebih luas dan tidak jumud. 

 Dalam erti kata lain cukuplah bermain dengan sentimen bangsa dan agama kerana agenda Islam itu lebih luas meliputi seluruh alam dan bukan hanya tertumpu pada melayu dan muslim. Khalas.
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

sekurang2nya si mangkok hayun ni mengakui bahawa rejim umno bn hari macam mulut singa yg rakus melahap kehidupan rakyat..najib patut marah presiden isma ni yg kata rakyat sekrg ni berada dlm mulut singa...aum aum aum

Anonymous said...

Sekor lg yg nak minta dedak

Anonymous said...

Boleh janji agenda Islam mcm2, lps tu rembat duit sana sini, bawa anak bini jalan guna harta kerajaan, tebang balak ikut suka hati, dmml. Islamlah sgt tu!! Otak tak dak atau belum puas nak ampu lg

UP the Moderates said...

Sebenarnya..si Tuan Aminuddin, iri hati, dengki dan pentaksub Najib/BN Klepet.mempunyai hati yang tak berapa baik.

Isma wujud pun..utk bodek Najib/Umno hidup ketuanan melayu!! Puui..

Anonymous said...

secara x langsung isma akui skrg dlm mulut singa.. singa lg bhy sbb didarat.. kalau buaya xpa dlm air.. isma membodek smpi menjiat..

Anonymous said...

Jawapan macai BN

Anonymous said...

Keluar dari mulut singa (baca BN) masuk mulut buaya (baca PH), itulah yang dimaksudkan oleh budak mentah kencing bercabang ini. Jika sokong pada PAS pula ia memang sahih masuk ke mulut biawak, cakap langsung tak serupa bikin!

Anonymous said...

Siapakah budak higusan ini? Tidak ada dalam radar politik... Dalam senarai labu peram kot.. Muncul muncul kata mulut singa mulut buaya, sekor ini kena bagi duit nih.. Bagi nombor akaun... Hehehe

Anonymous said...

mungkin lebai pandir cuba bermain psychology dah termalu nk undur takboleh maruah tercalar jadi mike cube menganggu manifestos pakatan harapan dgn dalil tak islamik..gua aku sya bermohon pada Pakatan harapan masukan Satu agendas merperkemas perundangan syariah dan memperbaharui perundangan sivil dan merpertabatkan intitusi kehakiman buat gagasan disini structure perlu digagas.Pakatan harapan perlu cuba membawa agenda yang lebih besar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...