KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Tuesday, November 22, 2016

Jangan jadi seperti Bal'am bin Ba'ura.


Nov 17, 2016 :
Ana baru ni berceramah di Rusila. Pagi besoknya berkesempatan ziarah Tuan Guru Haji Hadi dirumahnya. 

Ana dimaklumkan Tuan Guru Haji Hadi sampai daripada Kuala Lumpur jam 8.00 pagi terus berkuliah di Masjid Rusila. Lepas kuliah belum sempat berihat terus melayan tetamu di rumahnya. Kira-kira 30 bayi menunggu untuk ditahnik. 

Saya melihat Tuan Guru Haji Hadi begitu keletihan. Lepas Jumaat program-program sedang menunggu beliau. Dekatilah TG nescaya kamu tak tergamak memfitnah beliau.

 Kalau kamu nak fitnah juga fitnahlah kami. Tolong jangan fitnah Presiden kami. Kami tahu beliau terlalu jujur dalam perjuangan ini. Ana bimbang jangan sampai Tuan Guru Haji Hadi menadah tangan kelangit. Ketika itu malaikat dilangit akan mengaminkan doanya dan kamu pasti musnah.

 Al-Fadhil Tuan Guru Sidek Noor
 Ketua Dewan Ulamak PAS Perak 
 #Istiqhamah Allahuakhbar 😢😢😢  ~ SUMBER

Nov. 18, 2016 :

Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi satu kenyataan media berkata Abdul Hadi dikejarkan ke hospital selepas mengadu kepenatan siang tadi...
Komen al-Husseyn :

Mujurlah kepenatan sangat... Dia tak sempat nak menadah tangan kelangit  ...

Sidek Nor dan orang-orang di sekeliling Tok Lebai ni jangan berasa begitu ta'jub dengan kudrat yang tak seberapa yang ada pada Tok Lebai yang terbukti semakin uzur dilapah usia. Mereka sepatutnya menasihatkannya supaya berehat.

Sewaktu berbual-bual dengan UAA dua hari lalu, UAA beritahu, sewaktu menziarahi Tok Lebai yang baru balik dari Turki dulu tu (mengalami koma 3 hari di sana) pernah diberitahu yang dia akan menjalani pembedahan jantung.... tapi sehingga sekarang dia tak mahu buat...

Sidek Noor kata, bimbang jangan sampai Tuan Guru Haji Hadi menadah tangan kelangit. Ketika itu malaikat dilangit akan mengaminkan doanya dan kamu pasti musnah.....

Cuma nak ingatkan kepada Sidek Noor, kalau pun doa Tok Lebai tu mustajab, biarlah berdoa yang untuk kebaikan sesama muslim; bukan untuk kebinasaan atau kemusnahan sesama muslim.

Pada saat Perang Uhud, kaum Muslim banyak yang gugur, bahkan wajah Rasulullah terluka tersayat pedang. Darah bercucuran dan satu gigi beliau tanggal terkena tombak musuh.

 Pada saat itu, ada sebagian sahabat yang berkata, “Ya Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan orang-orang musyrik.”

 Dengan suara lirih menahan rasa sakit, beliau menjawab, “Tidak, aku bukan tukang laknat. Sesungguhnya aku diutus sebagai pembawa rahmat.” (HR Muslim)

 Ketika Rasulullah berdakwah di Thaif, beliau disambut dengan lemparan batu. Akibatnya, sekujur tubuhnya bersimbah darah. Beliau berjalan tertatih-tatih menyeret kakinya yang penuh darah dan berlindung di kebun anggur milik Utbah dan Saibah bin Rabi'ah.

 Malaikat Jibril merasa iba menyaksikan penderitaan kekasih Allah yang telah dinista. Kemudian Jibril berbisik, “Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah sudah mendengar apa yang dikatakan kaummu kepadamu dan apa yang mereka lakukan terhadap dirimu. Allah telah mengutus malaikat penjaga gunung. Agar engkau memerintahkan sesuatu menurut apa yang kau kehendaki.”

Beliau bersabda, “Sungguh, aku berharap bahwa kelak Allah akan mengeluarkan dari mereka anak-anak yang menyembah Allah dan tidak pernah mempersekutukannya.” (HR Bukhari-Muslim).

Tentu Sidek Nor sendiri tahu tentang kisah seorang alim yang bernama Bal'am bin Ba'ura' yang sangat mustajab doa'anya...tetapi akhirnya mati dalam keadaan kafir dan lidahnya terjelir seperti anjing.

Minta berlindung kita dengan Allah dari menjadi seperti Bal'am bin Ba'ura.
Comments
10 Comments

10 comments :

Boley Jalan said...

Event ini Menjelas PAS adalah Parti khianat.....bayan ugama dr mulut sidek Nor mengandungi racun syaitan iaitu taksub yg melampau.Apakah hadi tak pernah menadah tangan semasa kezaliman assisi di Mesir....kezaliman di syiria di bosnia dan di iraq.Takan hadi hanya mengangkat tangan masa muktamar saja?

Anonymous said...

Begitu juga dengan solat hajat. Kalau berhajat biarlah bukan sebarangan hajat.

Malu lah kalau buat solat hajat tapi yang di minta ialah komisyen lombong.

Anonymous said...

Dia juga mengalakkan orang buat fitnah.. Dia kata 'fitnah lah kami'.

Biarlah kena gayanya kalau ya pun nak back-up Hj Hadi.

Anonymous said...



Doa depa memang mustajab sgguh eh..

Seorg dah pi dgn dihudud kudung dua-dua belah kaki..sbb nak hudud kat org depa yg dpt dulu

Seorg lg dok cari geliga boya pun dah pi semadi kat US california syurga Yahudi & LGBT nu

Seorg lg nih dok merapu-rapu dgn nyamuk..merapu-rapu tubuh PIGS..dah tu merapu-rapu pulok jd anjing yg menyalak babi/PIGS "didalam" bukit..


Memang bakal jd sgguh doa depa nih..kita tuggu jd 'anjing' menyalak BABI sgguh nanti hihi

Anonymous said...

Klu dah taksuh sgt kat pemimpin, gitulah jadinya....

Mcm cerita zam zam ala kazammmm....

Anonymous said...

Jgn kutuk bosss busar aku. Kang kono sumpah jadi batu.

Kah4

Anonymous said...

Mustajab doa orang yang teraniaya/difitnah.

pas said...

Melayu baruah dsp

Lelaki Dicermin said...

Kapada al sidek al mangkok.. kalau kau tahsub dgn tuang presiden aku tak kesahlah.. itu hak kau.. kau fikirlah.. kes AMANAT HADI tu.. berapa buah rumahtangga roboh sbb amanat hadi tu.. ustaz ibrahim libya meninggal sbb amanat hadi tu.. bila kita sudah semakin hampir dpt kuasa tuang presiden kau uturn.. sedangkan kalau kita dpt kuasa..nasib ustaz ibrahim libya tu boleh di bela..senang2 kau suruh tuang presiden kau berdoa.. malaikat aminkan. Apakah 2 kes di atas tuang presiden tak menjawab di SANA nanti..bercerai ya mangkok.. robohkan rumah Allah..al sidek ni sama je bengap dgn ustaz yg suruh wan azizah tanam kat jerat tu..asyik bodoh melantun2 je walaun2 pas ni...

Anonymous said...

Hai sidek mangkok. Seingat aku hadi belom tarik balik amanat banggol peradong 1981. Dah tarik balik baru leh gabong pakat ug or whatever dgn umno. Husam kata senggama dgn umno. Kesian olamak pas chai. Kikikiki

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...