BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Friday, January 22, 2016

Berkata benarlah wahai Azeez ....

Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim tuduh Ketua Wanita Umno Kedah, Maznah Hamid berbohong mengenai sidang akhbar kelmarin.

 “Sekiranya Maznah Hamid tidak setuju dengan tujuan acara semalam (kelmarin), beliau boleh pergi pada bila-bila masa. Beliau (Maznah) duduk di sebelah saya,” katanya kepada Malay Mail Online semalam.

 Ketua Wanita UMNO Kedah itu sebelum ini mendakwa tidak tahu menahu tujuan sidang media tersebut dan ketika diminta menyertai sidang media itu, kehadirannya hanya untuk mengambil tahu perkembangan parti.

 Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi turut mengesahkan dakwaan Maznah.

 “Mereka beritahu saya mereka ke situ untuk sesi penerangan, dan mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu akan ada sidang media untuk menyeru penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah,” katanya. 

“Daripada apa yang diperkatakan sekarang ini, saya fikir semakin jelas apa yang beliau (Ahmad Bashah) katakan tidak sepenuhnya tepat.” Baca lagi di sini 
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...