AMANAH PERAK

AMANAH PERAK
AYUH MENDERMA

Sunday, February 25, 2018

AKHIRNYA, ABDUL HADI MINTA TOLONG DGN KAFIR HARBI?

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


 1. Kata Abdul Hadi, "Maka, kaum Cina, kita minta supaya memberi kepercayaan kepada PAS, bukan sahaja di Terengganu juga kita mahu peringkat Malaysia." 

 2. Ramai Cina muslim di Malaysia, tetapi majoriti mereka non muslim. Ketika Pas putuskan hubungan dgn DAP, alasannya ialah DAP parti Cina dan memusuhi Islam. 

 3. Bahasa mudahnya, Cina DAP kafir harbi. Bekerjasama dgn DAP dikira bekerjasama dgn musuh Islam dan hukumnya berdosa. 

 4. Walaupun bukan semua orang Cina bersama DAP tetapi senario politik menunjukkan orang Cina mengundi DAP dlm pilihanraya. 

 5. Jika ada orang Cina yg undi MCA atau Gerakan sekalipun, banyak pendirian politik mereka termasuk isu hudud adalah selari dgn pendirian DAP. 

 6. Tiba-tiba saja Abdul Hadi minta tolong Cina undi Pas. Eh, Abdul Hadi minta tolong dgn orang kafir? Jika mereka dikata kafir harbi, Abdul Hadi minta tolong dgn kafir harbi? 

 7. Apabila ini berlaku, ini membuktikan Abdul Hadi adalah ulama politik. Pas putus hubungan dgn DAP kononya utk tarik undi Melayu. 

 8. Apabila Pas nampak undi Melayu saja tak mampu menangkan Pas, Abdul Hadi minta tolong pula dgn orang Cina. Itulah Abdul Hadi, seorang politikus mcm orang lain. 

 9. Kalau Abdul Hadi sanggup hirup kembali ludahnya dlm isu orang Cina, mengapa pula Abdul Hadi nak salahkan Amanah yg menjalin hubungan politik dgn orang Cina melalui DAP? 

 10. Nampaknya, perkara yg orang lain buat salah, dia buat jadi betul. Begitulah Abdul Hadi dalam politik. Politik halaluna haramukum. Kami buat halal, kamu buat haram.

Saturday, February 24, 2018

BETULKAH DALAM AMANAH TAK ADA ULAMA?

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 

 1. Aku dipanggil ustaz sebaik saja aku bekerja dgn sebuah agensi agama kerajaan. Semua kakitangan agensi itu dipanggil ustaz oleh orang ramai termasuk kakitangan rencam dan perkeranian. 

 2. Jujurnya, aku tidak pernah meminta apatah lagi rasa kecil hati kalau aku tak dipanggil ustaz. Cuma, dalam kuliah dan dlm pergaulan, disebabkan aku tidak ada title datuk dan belum menunaikan fardu haji, orang gunakan panggilan hormat ustaz kepada aku. 

 3. Yalah, kalau ada datuk akan dipanggil datuk dan kalau dah berhaji akan dipanggil haji. Orang yg mesra dgn aku boleh saja panggil encik tapi mungkin mereka rasa panggilan itu agak kurang selesa, mereka pun panggil ustaz. 

 4. Ada orang panggil aku abang, pak cik, bos atau syaikh. Aku tak ada masalah apa-apa, cuma panggilan pak cik agak merimaskan sebab aku masih rasa aku muda walaupun anak aku seusia dgn orang yg panggil pak cik itu. 

 5. Aku juga tak pernah rasa bahkan aku paling tidak mahu aku dikenali sebagai ulama, sebab aku sedar siapa diri aku. Ilmu aku ciput, penguasaan bahasa arab aku lekeh dan keupayaan menggabungjalin pelbagai disiplin ilmu Islam utk mengistinbat hukum langsung aku tak tahu. 

 6. Bukan saja aku seorang terasa begitu, bahkan aku dapati ramai kawan-kawan aku dalam Amanah, walaupun mereka pada pandangan aku ada ilmu, mereka tidak mahu menonjol diri sebagai orang alim apatah lagi digelar dan disanjung sebagai ulama. 

 7. Bahkan jika dikata, enta tu ulama dan alim, mereka cepat-cepat menafikan kerana mereka sedar siapa diri mereka walaupun dalam kalangan mereka ada yg memiliki sarjana dan PhD dlm pengajian Islam serta menulis sekian banyak buku ilmiah. 

 8. Walaupun mereka tak suka dikenali sebagai orang alim atau ulama, tetapi tugas mendidik masyarakat dlm kehidupan beragama sebagai lanjutan kpd tugas para ulama terdahulu terus dilakukan. Tumpuan mereka ialah melakukan kerja bukan meraih gelaran dan title. 

 9. Sebab itu orang kata dalam Amanah tidak ada ulama. Sebenarnya bukan tidak ada, cuma mereka tidak suka mereka dikenali dan disanjung sebagai ulama walaupun mereka alim dan melakukan tugas-tugas ulama. Mereka ulama dalam kerja dan amal bukan dalam title dan penampilan. 1

10. Ust Ahmad Awang, Ust Abd Ghani Shamsuddin, Dr Mujahid Yusof, Ust Hasanuddin, Dr Hasan Baharom, Ust Ridzwan, Ustaz Rizal, Ust Fahmi, Ust Rosli, Ust Che Ibrahim, Dr Fauzi, Ust Ali, Ust Uda Kasim, Ust Shuhaimi, Ust Azrul Hakim, Ust Zulhelmi, Ust Loqman, Ust Miqdad, Ust Haris... 

 11. Nak saya sebut lagi? Rasanya mencukupi sebagai contoh. Sebahagian yg sebut itu lepasan Mesir, Jordan, Syria dan seantero dunia. Cuma, seperti yg saya sebut pada awal, mereka bukan jenis orang yg canang di sana-sini, aku ulama, aku pakar hadith, aku ustaz dan aku bla bla bla...! 

 12. Itu belum termasuk mereka yg senantiasa memberi input kepada Amanah dlm bidang pemikiran politik Islam tetapi tidak menonjol bahkan tidak menjadi ahli Amanah dan menyumbang di belakang tabir. Bilangan tokoh sebegini sangat ramai dan sangat berjasa kepada Amanah. 

 13. Mereka bukan jenis orang yg berserban, berkuliah berdentum-dentam tapi kosong isi, tidak duduk dlm dewan ulama sebab Amanah tidak ada dan tidak perlukan dewan itu. Mereka bukan syok dan ma'syuk dipanggil dan dilambung-lambung sebagai ulama. 

 14. Berbeza dengan Pas. Pas ada dewan ulama drpd peringkat pusat sampai ke kawasan. Di peringkat pusat, saya akurlah sebahagian besarnya memang orang alim spt Dr Johari Mat, Ust Hashim Jasin, Ust Ahmad Ali, Dr Zawawi Ahmad dan ramai lagi. Mereka memang wajar dikenali sebagai ulama. 

 15. Tetapi di peringkat negeri dan kawasan, pengisi jawatan dewan ulama entah siapa-siapa. Walaupun tidak fasih bahasa Arab, tidak tahu baca kitab Arab, baca hadith baris lintang-pukang, tidak belajar pun Qawaid Fiqhiyyah, tak pernah menadah pun al-Baiquniyyah, tidak khatam pun Mughni al-Muhtaz malah Fathul Bari dikata kitab fiqh, dia dikenali sebagai ulama. 

 16. Jika orang sebegitu dikenali sebagai ulama, maka memang ramai benarlah ulama dalam Pas. Pernah dulu, Ketua Dewan Ulama Pas Perlis (al-marhum, semoga Allah mengampuninya) berkata dlm ucapannya, "Kita ni, sapa yg pandai kata wa'alaikumus salam, dan in sya Allah, alhamdulillah... kira ulama lah...!" 

 17. Begitulah realitinya. Jadi apabila kami dikata lawan ulama dalam Pas, sebenarnya kami hanya lawan lebai yg perasan diri mereka ulama. Hakikatnya, kami tak lawan ulama seperti Ibnu Hajar, Ibnu Qaiyim, Ibnu Kathir, al-Baidawi, asy-Sya'rani, Imam al-Haramain, as-Suyuti, al-Bukhari, Muslim, al-Baihaqi, al-Hakim, al-Jassas, al-Jahiz, ar-Ramli dan...! 

 18. Bahkan kalau lawan ulama sebenar dalam Pas pun, itu bukan suatu kesalahan. Mereka politikus dan apabila mereka terlibat dgn politik, mereka mesti bersedia ditentang dari sudut politik juga hujah ilmiyyah. Mereka bukan maksum, bahkan mereka manusia yg punya nafsu dan keinginan seperti orang lain juga. 

 19. Pas adalah parti politik bukan agama, pemimpin Pas adalah manusia bukan malaikat atau nabi, perlembagaan Pas adalah buku biasa bukan al-Quran. Lawan Pas bukan haram, bahkan makruh karahah tanzih pun tidak. ~ sumber

SASARAN PAS UTK KUASAI PERLIS HANYA MIMPI

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


 1. Perlis termasuk salah satu drpd 5 negeri sasaran Pas dlm PRU akan datang. Pas berhak utk letak sasaran itu. Tak salah dari sudut politik, syarak dan undang-undang. 

 2. Cuma, sama ada sasaran itu realistik atau tidak, itu boleh dibahaskan berdasarkan realiti kekuatan dan keupayaan Pas. 

 3. Sebagai bekas orang Pas dan rakyat Perlis, saya punya pandangan sendiri tentang sasaran itu. Bagi saya, sasaran Pas utk kuasai Perlis tak realistik. 

 4. Kenapa? Pertama, Pas Perlis semenjak dulu sehingga kini bukanlah kuat. Paling banyak Pas pernah menang serentak hanya tiga kerusi dgn majoriti cukup makan saja. 

 5. Kecuali Sanglang yg Pas menang sangat tipis dlm PRU lepas, dua DUN lagi iaitu Santan dan Guar Sanji sudah 3 penggal dimenangi Umno dgn majoriti yg semakin bertambah. 

 6. DUN Spg 4 yg Pas pernah menang tahun 2004 juga sudah jatuh ke tangan Umno. Sementara DUN Sanglang juga Pas menang dlm PRU lalu kerana sabotaj Umno sesama sendiri. 

 7. Pas pernah menang PRK Arau tahun 1997, tapi selepas itu sehingga kini dimenangi oleh Umno. DUN Bintong juga Pas pernah menang tetapi menang tak berlawan. 

 8. Kedua, ahli Pas di Perlis semakin mengecil. Saya berani kata, ahli Pas disetiap DUN paling ramai adalah 500 orang drpd purata 10,000 pengundi. 

 9. Pas menang sebelum ini bukan kerana ahli Pas tapi pengundi atas pagar yg menolak Umno. Kini, dengan kewujudan PH, walau pun ahli Pas tidak keluar Pas, tapi ramai yg tak akan undi Pas. 

 10. Ketiga, siapa bakal MB drpd Pas? Maaflah, saya bukan nak perlekeh pemimpin Pas Perlis, tetapi setakat yg saya kenal, tiada seorang pun pemimpin Pas peringkat negeri kini sesuai utk duduk di kerusi MB. 

 11. Bagi saya, tanpa kekuatan parti, sejarah prestasi Pas Perlis yg tidak membanggakan dan ketiadaan tokoh berwibawa menjadikan sasaran Pas utk menang di Perlis hanya mimpi. 

 12. Amanah macam mana? Amanah yg masih baru memang tidak punya kekuatan jika bersendirian, tetapi Amanah menyertai PRU akan datang atas kapasiti PH. 

 13. Atas nama PH, In sya Allah, kami bersedia utk menang dgn kekuatan 4 parti. Kami ada tokoh yg boleh diketengahkan sebagai MB dan pemimpin negeri.  
14. Kami ada lawyer, bekas pegawai kanan kerajaan, bekas manager syarikat swasta, bahkan kami sudah sehati sejiwa utk mendokong aspirasi PH peringkat nasional utk menang di Perlis. 

 NOTA TAMBAHAN 


 15. Paling penting, kami lebih konfiden utk menang apabila hari ini aku makan tengahari dgn insan macho Abe Awang Malaya.

13 Mei : Lebai Marang terikut-ikut tohmahan versi Umno Bn

Lebai Marang mengungkit tragedi rusuhan kaum 13 Mei dengan tujuan untuk mengaitkannya dengan isu perkauman.
Lebai Marang kata umat Islam yang kuat dalam agama mereka tidak akan menzalimi kaum lain, dan ia terbukti apabila rusuhan kaum yang berlaku hampir 50 tahun lalu di Lembah Klang dan beberapa negeri lain tidak merebak ke negeri pantai Timur.  
 “Ketika berlakunya huru-hara kaum 13 Mei, Terengganu tak ada 13 Mei, Kelantan tak ada 13 Mei, Kedah tak ada 13 Mei. Huru-hara berlaku di Pulau Pinang, berlaku di Singapura, bergaduh kaum.  
 “Tempat yang orang Islam sungguh-sungguh pegang dengan Islam tak ada gaduh dan tak ada huru-hara,” kata Hadi. ~ Freemalaysiatoday 
Tidak ada gaduh dan tak ada huru hara?

Betulkah dakwaan Lebai Marang, “Tempat yang orang Islam sungguh-sungguh pegang dengan Islam tak ada gaduh dan tak ada huru-hara.” ??

Apakah Lebai lupa, walaupun di Kelantan tidak berlaku rusuhan kaum 13 Mei, tetapi pernah juga berlaku rusuhan walaupun ianya dikenali sebagai 'Serambi Mekah'. Walaupun sesama bangsa Melayu dan satu ugama iaitu Islam.
Pada 15 Oktober 1977, PAS bertindak memecat Datuk Muhammad Nasir sebagai menteri besar Kelantan menerusi undi tidak percaya di Dun Kelantan.
 Ekoran daripada tidakan tersebut, kacau-bilau, tunjuk perasaan, rusuhan, bakar-membakar, pecah-memecah hartabenda, berkumpul secara haram dan lain-lain perbuatan berlaku akibat anasir samseng Melayu yang diupah.
 Menurut almarhum Asri Muda, rusuhan yang berlaku telah dirancang oleh pihak tertentu, bermula dengan siri rapat-rapat umum yang digembar-gemburkan dengan penuh sensasi pada 24hb. September di Padang Merdeka, Kota Bharu dan 28hb. September di Pasir Mas.  
“…baharulah 15hb Oktober undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dilaksanakan, seruan-seruan melalui kertas-kertas, surat-surat sibaran serta melalui poster-poster diedarkan campur dengan melalui syarahan-syarahan diadakan di merata kampung, mengarah rakyat datang seramai yang boleh berkumpul untuk menjadi hakim.”
 Pada 19 Oktober 1977, Kelantan diisytiharan darurat akibat rusuhan politik yang berlaku di Kota Bharu. ~ sumber
 Lebai Marang juga patut ingat bahawa DAP merupakan satu-satunya parti yang membela PAS Kelantan dengan menentang pengisytiharan darurat di negeri itu pada tahun 1977 walaupun tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan politik.

 Lebai juga jangan lupa, semasa tragedi 13 Mei, rakyat hanya dikenakan perintah berkurung walaupun ianya merupakan rusuhan kaum. Tidak sebagaimana rusuhan yang berlaku di Kelantan yang diisytiharkan darurat!

Jelas dakwaan Lebai Marang, bahawa tak ada gaduh dan tak ada huru-hara di tempat yang orang Islam sungguh-sungguh pegang dengan Islam seperti Kelantan adalah tidak benar.

 Lebai Marang terikut-ikut tohmahan versi Umno mengenai 13 Mei

Huru-hara berlaku di Pulau Pinang, berlaku di Singapura, bergaduh kaum, kata Lebai Marang.

 Lebai Marang tak sebut Kuala Lumpur walaupun di Kuala Lumpurlah terjadinya yang sangat dahsyat itu. Kenapa? Lebai takut Cina Selangor tak bagi undi kepada PAS?? Kah! Kah! Kah!

 Lebai Marang terikut-ikut tohmahan versi Umno, yang kononnya tragedi 13 Mei itu adalah  disebabkan tindakan provokasi penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.

13 Mei dan Rusuhan Kelantan adalah rancangan jahat Umno Bn

Menurut Dr Kua Kia Soong, penulis buku "May 13 Declassified Documents On The Malaysian Riots of 1969", menegaskan :
 Bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu yang disokong oleh polis dan tentera untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru Melayu. 
 Beliau berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut. 
 Menurutnya lagi, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku. 
 Kurang daripada seminggu selepas rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara satu petanda wujudnya komplot mengenainya. 
 Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas kuasa saya,” bukanlah orang pertama yang berkata demikian, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan kuasa. ~  Malaysiakini
 Jelas kepada kita bahawa rusuhan 13 Mei dan Rusuhan di Kelantan yang membawa kepada pengisytiharan darurat Kelantan pada 19 Oktober 1977 adalah rancangan jahat Umno Bn dengan menggunakan samseng-samseng Melayu untuk mencetuskan rusuhan dan kekacauan.

 Umno Bn Guna Samseng Melayu cetus huru-hara



Diera kita ini juga, kita perlu berjaga-jaga kerana Umno Bn masih tetap menggunakan khidmat samseng-samseng Melayu seperti Jamal Yunus di Selangor dan Geng Mamak di Pulau Pinang.

 Tersangatlah pelik kerana Lebai Marang tetap memilih Umno Bn sebagai rakan kerjasamanya dalam PRU 14.

  Lebai cuba menakut-menakutkan ummat Melayu Islam dan cuba mengugut kaum Cina dengan mengungkit tragedi 13 Mei kononnya hanya Pas sahaja yang boleh memberikan perlindungan kepada mereka.

 Terbukti, berlaku juga rusuhan di Kelantan walaupun ketika itu Menteri Besarnya adalah orang Pas, rakyatnya 90% Melayu dan Islam.

PEMIMPIN PAS KELANTAN URUS NEGERI SECARA DUNGU

Sham Ghaz pernah mengadakan perbincangan dengan
Pengarah SPRM Kelantan
Syam Ghas, seorang aktivis muda Kelantan menyatakan kecewanya kerana tidak ada tindakan diambil oleh SPRM walau pun sudah berkali kali laporan dibuat hingga pernah mengadakan majlis dialog dengan Pengarah SPRM Kelantan. 

 Menurut Syam, aduan dibuat bukan atas dakwaan "mereka" terima rasuah atau tidak. Tetapi mengenai isu Lombong, Carbon Credit, Ladang Hutan, Balak, Kerugian Glc Kelantan. 

"Negeriku musnah sebab pemimpin dunggu urus Negeri, hanya bijak Urus komisyen poket," keluhan aktivis muda ini.

 Beliau menegaskan, "Apa yang bincangkan ialah tentang bagaimana lemahnya Exco PAS Kelantan menguruskan Negeri, Hasil Bumi dan GLC Kelantan."

Syam Ghaz turut menyenaraikan beberapa projek yang diluluskan dengan mudah tanpa usul periksa dan secara dungu.

 • Luluskan hampir 1 Juta Ekar untuk projek Carbon Credit kepada syarikat terkait dgn scammer, tiada pejabat, rugi bertahun, tiada pengalaman, tiada kelulusan PBB, di senarai amaran oleh Bank Negara? 

 • Luluskan 2,000 ekar setahun, selama 10 tahun iaitu 20,000 ekar kepada sebuah syarikat? 

 • Luluskan 20,000 ekar dalam tempoh masa tak sampai 1 bulan, untuk projek Kayu Putih (boleh guna utk minyak urut) tanpa buat R&D lanjutan, pokok akan menyebabkan air dalam bumi berkurang. 

 • GLC Kelantan rugi satu persatu, saya boleh senaraikan semua yang rugi jika perlu pada masa depan, ini berkait dgn kemampuan menguruskan syarikat dan Glc. 

 • Meluluskan 400ha tanah Lombong kepada 2 buah syarikat, orang yang sama, menantu bekas Tmb Kelantan. Dun Chetok. Jadi total 400Ha ~ 988 ekar. 

 • Meluluskan lebih 4,500 ekar di Kuala Krai kepada 2 syarikat, tapi juga kepada Orang yang Sama, orang Bachok. 

 • Projek Tebang Balak di tapak R&R yang patut dipelihara dalam plan asal untuk buat R&R pertama dalam Hutan Simpan di Malaysia, bagi anak muda hayati alam. Tapi ditebang habis. 

 • Ketidakmampuan mencari duit untuk Bina Lebuhraya, membatalkan perjanjian akhirnya disaman RM230 juta. 

  Banyak lagi yang boleh disenarai pendekkan. Disertakan gambar Pengarah SPRM Kelantan bersama saya di kawasan Hutan Kuala Betis, projek Ladang Kayu Putih.

Friday, February 23, 2018

TANAH MUKIM IJOK: SIAPA YANG TERDEDAH..?

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad


 1. Serangan Umno-BN dan Tan Sri Khalid lbrahim terhadap MB DS Azmin Ali atas isu penyelesaian projek terbengkalai di Mukim Ijok telah pun mendedahkan kebobrokan Umno sendiri dan kelemahan serta kegagalan Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mentadbir Selangor dahulu. 

 2. Pandangan pemerhati lebih baik Umno diam sahaja dan Khalid tidak ambil kesempatan. Hari ini kedua-dua didedah 'pekong' masing-masing kerana gelagat buruk sendiri. 

 3. Umno melalui Pengarah Strategi dan Komunikasi BN, Rahman Dahlan telah mula menembak pihak kerajaan negeri, sejurus, MB merasmikan Majlis memeterai Perjanjian Pemilikan antara Peneroka Alam Mutiara dan Alam Utama (Fasa 2&3) dengan Paragon Pinnacle, pada 11 Februari lalu di Stadium tertutup Kuala Selangor. 

 4. Jelasnya Rahman tidak faham susur-galur cerita sebenarnya dan jauh lagi untuk memahami 'global formula' yang bersifat 'menang-menang' untuk semua pihak termasuk peneroka pemaju yang digunapakai kerajaan negeri. 

 5. Apakah Rahman tidak ada pengetahuan bahawa sebahagian besar tanah peneroka yang diberikan pada tahun 1987 di bawah Rancangan Hijau Bukit Cherakah diambil kembali oleh kerajaan negeri BN dalam tahun 1999-2001? Peneroka dijanjikan bayaran pampasan RM180,000 seorang dan sebuah rumah berharga RM180,000. 

 6. Tiga syarikat kroni pemaju yang diberikan tanah oleh pihak kerajaan Umno-BN ialah LBCN Development SB, MZSB (Mujur Zaman SB) dan LCSB (Liputan Canggih SB) diberikan tanah tersebut antara 1999 - 2001, keseluruhan di bawah Dato Chin Chan Leong dan isterinya. 

 7. Kedua-duanya mencagarkan tanah-tanah ini untuk mendapatkan ratusan juta ringgit pinjaman melibatkan pelbagai bank dan pihak peminjam bukan-bank. 

 8. Hutang-hutang ini sebahagian besarnya telah menjadi hutang tak berbayar (NPL) dan berbaki RM1.6 bilion pada tahun 2012. Kalau tidak kerana penglibatan sebuah entiti, Hadron Consulting, sebahagian besar dari tanah 987 keluarga peneroka mungkin sahaja terpaksa dilelong pihak bank. 

9. Dalam tahun 2005, ketiga-tiga syarikat ini telah mengalami krisis kewangan dan kerja-kerja pembinaan terhenti. 

10. 987 peneroka berdepan dengan risiko buruk bahawa rumah mereka akan terbengkalai dan bayaran RM44 juta masih belum dilunaskan sepenuhnya oleh pihak pemaju kepada mereka. 

11. Menarik juga kalau dihimbau kembali apa yang dilakukan Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menjadi MB kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2008. 

12. Pihak peneroka bertanya apakah mereka boleh dapatkan semula tanah-tanah mereka? Khalid hanya menjawab bahawa peneroka telah 'hilang kelayakan' terhadap tanah itu kerana telah menyerahkan kepada 3 pemaju tersebut. 

13. Perkara ini diulang sebut lagi oleh Hj Omar, Pengerusi JK Bertindak Projek Terbengkalai dalam sidang akhbar bersama saya semalam (20 Feb). Saya juga masih ingat kata-kata itu dari mantan MB itu sendiri. Kini Khalid dan mantan PAnya, semacam mahu jadi juara peneroka pula. Aduuh. 

14. Tegasnya, apa yang menjadi pendekatan pentadbiran Khalid Ibrahim adalah sekadar melakukan pengambilalihan semula tanah-tanah itu. Tanah-tanah ini termasuk tanah LBCN dan Mujur Zaman kira-kira 2,200 ekar. 

 15. Agak lucu juga kerana seorang korporat tidak tahu yang bank yang telah memberi kredit atau pinjaman punya hak yang tidak bolih diatasi atau dikalahkan (indefeasible charge) ke atas tanah-tanah itu. Mereka berhak melelong tanah-tanah itu untuk mendapatkan bilion ringgit pinjaman yang diberikan kepada pemaju kroni tadi. Nyata Khalid tidak langsung menghitung kemaslahatan dan risiko peneroka yang akan hilang segala hak. 

 16. Dalam kejahilan dan tidak tahu menahu seluruh susur-galur kisah sebenar, Rahman Dahlan pula menembak MB Azmin yang kononnya, tergesa-gesa mengizinkan penjualan tanah 2,200 ekar tanah milik Mujur Zaman dan LBCN kepada.sebuah pemaju berwibawa (penyelamat) dengan nilai RM1.18bilion. Ini dakwa beliau, kerana kerajaan negeri telah berjaya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan untuk pengambilalihan tanah tersebut, hanya menanti di Mahkamah Persekutuan? 

 17. Juga kata beliau sinis, kalau RM421.4 juta adalah untuk bayaran pampasan kepada peneroka dan pembinaan rumah, di mana baki RM756.6 juta lagi yang dibayar pemaju tadi? 

 18. Untuk pengetahuan umum, kemenangan di pihak kerajaan negeri hanyalah disebabkan kelemahan teknikal pihak pemaju yang melepasi 40 hari rayuan. Pun begitu, andainya kalah di Mahkamah Persekutuan, kerajaan negeri akan terdedah kepada pembayaran ratusan juta ringgit kepada pihak pemaju yang akan dinilai mengikut kadar komersial seperti kes Maybank yang berjaya menyaman kerajaan negeri dalam rampasan tanah yang sama. 

 19. Sebaliknya, andainya kerajaan negeri menang dan mendapat tanah itu semula, Rahman sengaja tidak menyebut atau memang tidak tahu bahawa kerajaan negeri mesti membayar pampasan kepada pemilik tanah dan bank yang memberi pinjaman beratus juta ringgit. Di dalam kedua-dua senario Rahman dan Khalid, bukan sahaja akan membebankan kewangan negeri tetapi jelsnya tidak langsung memikirkan nasib peneroka malang yang mereka kononnya juarai. 

 20. Soalan yang sarat dengan insinuasi fitnah adalah apabila beliau bertanya mana pergi baki RM756.6 juta? Ada yang kata soalan ini lazim dengan DNA Umno-BN apabila urusniaga kewangan ditangani yakni seolah-olah mesti ada ketirisan? Siapa yang dapat, begitu gamaknya? Maaf. 

 21. Rahman dan juga Khalid serta Faeqah yang mahu mengulangi insinuasi jahat itu wajar tahu bahawa pecahan bayaran RM1.18bilion adalah seperti berikut: 

 Bayaran oleh anak syarikat Pemaju, Paragon Pinnacle untuk 2,200 ekar tanah sebanyak RM1.18bilion, antara lainnya untuk; 

 Pampasan + rumah = RM300 juta Bayaran hutang bank & creditor = RM670 juta Bayaran kpd syarikat swasta = RM210 juta 

 22. Berakhir sudah derita rakyat selama 18 tahun dalam penyiksaan penantian dengan penyelesaian 'Formula Global' yang bersifat "menang-menang" kepada hampir semua pihak. Saya selaku mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor bersama-sama YB Khalid Samad (Shah Alam) dan YB Sivarasa (Subang) turut bersyukur kerana turut sama merumuskan 'formula global' itu. Sememang tidak mudah dan perlu di atasi pelbagai rintangan. 

 23. Kreditors; bank dan pihak swasta, disaksikan 'laughing to the banks', sementara pemaju yang gagal pun mendapat habuan mereka hasil usaha penyelesaian yang adil ini. Peneroka bergembira dengan bayaran tunai dan insyaAlLah akan mendapat rumah impian mereka yang bernilai RM450,000 apabila siap. 258 peneroka telah kembali ke rahmatulLah. 

 24. Kerana komitmen MB kepada penyelesaian yang baik itu, kerajaan negeri juga mendapat habuan sebanyak 1000 ekar yang kini punya nilai pasaran RM750 juta. Anda nilai sendiri penyelesaian oleh mantan dan penyandang MB sekarang ini secara adil. 

 25. Yang jelas malang akibat siksa jiwa yang jelek dan jengkel, adalah mereka yang akan terus membuat fitnah. Mengikut mafhum kalam Nabi Junjungan, pahala mereka akan diberikan kepada orang yang mereka fitnah, setelah habis pahala mereka, maka golongan pemfitnah akan menanggung dosa orang yang mereka fitnah..Nasihat ini saya tujukan buat semua tanpa pengecualian termasuk diri yang kerdil ini.. 

 Pun begitu, hanya lafaz dan rafaq Syukur yang layak menutup tulisan ini... 

WalhamdulilLahuli Rabb Al-'Alaamin. 

Dr Dzulkefly Ahmad 
Penyelaras Parlimen Kuala Selangor. 
22 Feb 2018. ~ sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...